Saiz kaki berubah selepas bersalin, Liyana Jasmay nak jual lima pasang kasut jenama mewah - “Kaki saya besar jadi saiz 36.5”

Liyana mahu jual kasut berjenama miliknya disebabkan saiz kaki sudah berubah.

SELEPAS melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa pada 2014, pelakon Liyana Jasmay terpaksa akur apabila berlaku perubahan kepada saiz kakinya.

Disebabkan perkara itu, Liyana, 32, membuat keputusan untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama yang dianggap sangat berharga berikutan tidak lagi boleh dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak pakai hijab atau tidak, bukan urusan kamu” - Liyana Jasmay balas komen netizen tegur cara pemakaian tudung

Menurut penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu, sesiapa yang berminat untuk membeli boleh menghantar mesej di laman Instagram miliknya.



Liyana muat naik video memperlihatkan lima pasang kasut yang ingin dijual.

"Kasut-kasut saya untuk dijual! Saiz 35 dan 35.5. DM saya jika anda berminat! Saya bebel banyak sambil tunjuk anda kasut-kasut saya. Tapi kasut-kasut ini saya jarang pakai.

"Jadi, selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5. Oh well... semua kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak?

"Jadi, jika ada antara anda yang kaki saiz 35.5 dan 35 boleh DM saya jika anda betul-betul berminat okay" kata Liyana.

Semua kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak.

LIYANA JASMAY

PELAKON DAN PENYANYI

Pelakon filem popular Papadom itu berkongsi perkara itu dengan memuat naik video memperlihatkan lima pasang kasut berjenama yang masih lagi berada dalam keadaan baik dan boleh dipakai.

Bagaimanapun, Liyana tidak meletakkan harga kasut yang ingin dijualnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Fathuddin pada Februari 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sofia Arissa, 6, dan Selena yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liyana Jasmay,

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain