Ada pihak tak senang hubungan cinta Nonny Nadirah, Niezam Zaidi - “Dia di sisi ketika saya lalui fasa paling bawah”

Nonny akui ada pihak kurang senang melihat hubungannya dengan Niezam.



BIARPUN menyedari hubungan percintaan dengan Niezam Zaidi kurang disenangi segelintir pihak, pelakon Nonny Nadirah mengakui aktor itu banyak membantunya melalui fasa sukar dalam hidup.

Nonny, 31, berkata, Niezam merupakan insan yang banyak memberikan kata-kata semangat sehingga mampu membuatkan dirinya bangkit semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video 'sweet' bonceng motor Niezam Zaidi, Nonny Nadirah ditegur tak jaga 'halal gap' - “Jauh-jauh dulu... nanti dah nikah barulah boleh macam ni”

"Saya sedar memang ada pihak yang suka dan tak suka hubungan saya dengan Niezam. Tapi orang tak tahu yang saya pernah lalui fasa paling bawah dan macam mana saya berusaha untuk bangkit semula.



Nonny sudah lama mengenali Niezam namun mula rapat sejak tahun lalu.

"Banyak tawaran berlakon saya tolak tapi Niezam banyak memberi kata-kata semangat. Saya bangkit semula dan dia ada di sebelah saya, kami melengkapi satu sama lain.

"Sejujurnya, kehidupan saya semakin gembira. Saya harap peminat doakan yang baik-baik sahaja untuk kami berdua," kata Nonny kepada mStar.

Baru-baru ini, perkongsian video Nonny sedang membonceng motosikal yang ditunggang kekasihnya itu mengundang teguran peminat.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin ketika dihubungi berkata, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti dengan berkongsi video tersebut.

Saya dan bekas suami, masing-masing dah mengikut laluan yang berbeza dan ada kehidupan sendiri.

Nonny Nadirah

Pelakon

Sebelum ini juga, video lama Nonny datang beraya di rumah bekas suaminya menjadi tular selepas ada pihak memuat naik semula di laman sosial.

Dalam pada itu, Nonny berharap tiada pihak yang cuba mengungkit kisah lama mereka memandangkan dia dan bekas suaminya sudah mengambil haluan masing-masing.

"Saya tak selesa bila ada netizen atau mana-mana pihak sengaja nak berkongsi semula video saya dengan bekas suami. Saya kena jaga banyak hati termasuk keluarga saya, Niezam dan keluarga bekas suami.



Nonny kini semakin bahagia dengan kehidupannya.

"Bimbang nanti ada pihak lain terasa hati bila nampak video itu sedangkan ia bukan video baru pun. Saya berharap sangat selepas ini tidak perlulah berkongsi perkara yang dah berlalu.

"Tolong hormat dan doa yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Nonny pernah berkahwin dengan Mohamed Mustain Mohamed Adnan pada 18 Mac 2018 namun hubungan tersebut musnah selepas setahun bersama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain