suria

Bunga Isme sebak cerita rindu ayah... terkilan bila ada selebriti salah guna kebenaran rentas negeri

Sudah dua tahun Bunga tidak bertemu bapanya yang kini menetap di utara tanah air.

TINDAKAN segelintir selebriti menyalahgunakan kebenaran rentas negeri mengundang rasa kurang senang masyarakat termasuklah penyanyi Bunga Isme yang mengakui terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, tindakan sedemikian dilihat tidak adil, lebih-lebih lagi apabila orang lain terpaksa patuh mengikuti peraturan meskipun memendam rindu mendalam terhadap keluarga.

Kata Bunga, dia sendiri sudah lama tidak bertemu bapa tersayang yang kini berada di Kedah dan hanya berhubung melalui panggilan telefon bagi mengubat kerinduan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme tak sangka ‘dapat’ Noraniza Idris dalam lagu ‘Intan Payung’ - “Saya memang bayangkan Kak Ani seperti ibu menasihati anak”

"Rasa macam tak adil bila tengok orang lain rentas negeri sedangkan kita pun dah lama berjauhan dengan keluarga. Mereka yang salah guna kebenaran rentas negeri ni tak fikir ke tentang orang lain yang terpaksa tanggung rindu kerana tak ada kemampuan itu.

"Kita selebriti mungkin boleh keluarkan surat menyatakan kita kerja tapi hakikatnya ada yang gunakan untuk tujuan lain... itu sebenarnya salah dan tak adil buat semua.



Bunga menitiskan air mata kerana terlalu merindui bapa.

"Sejujurnya saya sendiri sangat merindui bapa yang berada jauh... risau memikirkan keselamatan dan kesihatan di sana. Dalam usia bapa yang semakin meningkat, kita pun tak tahu smpai bila akan dapat bersama dia," katanya kepada mStar.

Dalam hal ini tiada sesiapa yang salah cumanya kita kena letak tanggungjawab pada diri sendiri. Jangan ada lagi sikap pentingkan diri!

BUNGA ISME

PENYANYI

Dalam pada itu, Bunga berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya sekadar berkongsi luahan hati.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak salahkan selebriti atau sesiapa! Cuma tertanya sistem apa yang digunakan... ya netizen marah selebriti yang rentas negeri tapi dalam masa sama mereka lakukan itu kerana ada kebenaran dari pihak atas.

"Dalam hal ini tiada sesiapa yang salah cumanya kita kena letak tanggungjawab pada diri sendiri. Jangan ada lagi sikap pentingkan diri.



Bunga mahu rakyat Malaysia memiliki sikap bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri.

"Bukan saya sahaja yang rindukan keluarga, ada juga kawan-kawan di universiti saya tak boleh balik kampung... kalau saya buat (rentas negeri) jadi tak fair untuk orang lain yang melalui benda sama," ujarnya.

Bercakap mengenai karier seni, Bunga baru sahaja muncul dengan lagu raya berjudul Irama Aidilfitri.

Dalam lagu tersebut, Bunga bergandingan bersama beberapa penyanyi hebat lain iaitu Awi Rafael, Ning Baizura, Julia Farhana, Tiz Zaqyah dan Ismail Izzani.

Lagu raya istimewa itu dihasilkan dengan kerjasama Habib Jewels dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Habib sejak 27 April lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain