suria

Tak setuju drama Melayu ‘syok sendiri’, Yusof Haslam minta Zed Zaidi berfikir sebelum bercakap - “Tak bagus hina karya anak bangsa sendiri”

Yusof Haslam berkata setiap karya sudah dinilai.

KENYATAAN kontroversi dikeluarkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyifatkan drama tempatan 'syok sendiri' diselar pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.

Menurut pemilik syarikat produksi Skop Productions Sdn. Bhd itu, kesemua drama tempatan yang diterbitkan sudah dibuat penilaian terlebih dahulu mengenai sasaran penonton sebelum ditayangkan di mana-mana stesen penyiar.

ARTIKEL BERKAITAN: Siaran ‘Nur’ di Indonesia disambung semula bermula esok... Shahrulezad bidas komen Zed Zaidi label drama Melayu ‘syok sendiri’

"Saya nafikan (apa yang Zed Zaidi cakap)... kita tak bolehlah kata drama Malaysia syok sendiri.

"Kalau syok sendiri takkanlah drama-drama macam Nur dapat sambutan.

Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

DATUK YUSOF HASLAM

PENGARAH, PRODUSER

"Kita (penerbit) buat drama sebab kita ada penonton kita sendiri. Tak baguslah kita menghina karya anak bangsa sendiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof meminta agar Zed lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dikhuatiri menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tambahnya, sesuatu perkara lebih senang untuk dikritik berbanding melaksanakannya.

"Saya hormat dia sebagai presiden Seniman... tapi berhati-hatilah keluarkan sebarang kenyataan.

Shahrulezad bidas kenyataan Zed Zaidi.

"Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Bercakap memang mudah... tapi untuk melaksanakan (buat drama) bukan senang," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Jumaat lalu, Zed dalam satu laporan media mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap 'syok sendiri'.

Susulan kenyataan itu, pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin tampil membidas dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain