suria

Netizen kecewa Tokti luah rasa syukur dapat pahala percuma selepas dikecam isu majlis tahnik

Siti muat naik status luah rasa syukur dapat pahala percuma dikecam netizen.

PERKONGSIAN penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersyukur berpeluang mengumpul pahala disaat dirinya dikecam gara-gara majlis tahnik anak keduanya di Instagram mengundang kurang senang netizen.

Menerusi laman Twitter, seorang netizen mengakui dia berasa kecewa dengan tindakan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memuat naik status sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tokti tutup komen IG... polis panggil 8 individu jawab isu majlis tahnik

"Aduh, kecewa gila Siti Nurhaliza buat perangai begini. Tak ada maknanya kumpul pahala percuma kalau sendiri buat hal bagi orang mengata. Tak payah yakin sangat malaikat setuju ya.



Status yang dimuat naik individu itu dikecam netizen lain.

"Terus rasa nak unfollow saja mak Afiyah ni," tulis individu tersebut.

Pada Selasa, penyanyi berusia 42 tahun itu berkongsi status di Instastory mengatakan dia berasa seronok kerana dapat mengumpul banyak pahala percuma ketika berdepan dengan dugaan pada 10 malam terakhir Ramadan.

"Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ini, kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ni... kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

"Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah," kata Siti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.

Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkii Mohamad Al-Bakri dan tiga penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Berikutan itu, Siti mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya bagi mengelakkan kata-kata negatif dan perbalahan dalam kalangan pengikutnya.



Netizen pertikaikan majlis tahnik anak kedua Siti.

Dalam pada itu, individu yang meluahkan rasa kesal terhadap Siti itu juga menerima kecaman netizen lain yang tidak setuju dengan status berkenaan.

Mereka turut meminta individu berkenaan berhenti membuat penilaian dan lebih banyakkan beramal di malam-malam akhir Ramadan.

"Silakan sis unfollow... tolong la tekan cepat button unfollow lepas itu screenshot ya beritahu semesta alam. Tak ada siapa kisah... mulut kena jaga ya sis Ramadan ini sis.

"Daripada kau sibuk menilai orang tak habis-habis, lebih baiklah beramal ibadat di malam yang ganjil ni," komen beberapa netizen.

Untuk rekod, lapan individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain