suria

Ramadan pertama sebagai isteri, Mira Filzah tak banyak masa berbuka dengan suami... jadual padat sampai Syawal

Tahun ini merupakan tahun pertama Mira Filzah meraikan ibadah puasa bergelar seorang isteri.

MENYAMBUT Ramadan pertama kali bergelar isteri, pelakon Mira Filzah berkata, dia tidak mempunyai banyak masa berbuka dengan suami, Wan Emir Astar, 31, berikutan komitmen kerja.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berkata, jadual kerjanya berubah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa dianjak sehingga akhir Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

"Sorry sayang. Terima kasih sebab memahami. Tengok-tengok jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa (disebabkan MCO hari itu, bukan salah sesiapa).

"Mungkin tahun ini boleh kira berapa kali sahaja dapat sahur dan berbuka bersama Emir, mak, abah, keluarga lain, atuk dengan opah lagilah... tak dapat balik kampung.

"Saya outstation pula tu. Tak mengapalah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul," katanya.

Perkongsian Mira di Instagramnya.

Pelakon drama Sweet Dreams ini juga sempat mengimbau kembali pengalamannya bersahur bersama keluarga sebelum bergelar seorang isteri.

Katanya, sebelum ini dia hanya menemani ibunya memasak hidangan untuk bersahur dan berbuka, namun kini perlu membiasakan diri untuk menjalankan tanggungjawab itu.

"Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir... dalam kepala dah set 'Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat'.

"Tak ada dah bangun-bangun sahur terus makan mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman mak masak.

Mira berkahwin pada September tahun lalu.

"Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas. Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan," ujarnya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir yang merupakan seorang arkitek pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain