Kucaimars terkejut Cik B beri respon positif, dah lama simpan hasrat nak 'melamar' - “Dalam kepala saya memang dia, tiada pilihan kedua”

Kucaimars tidak menolak jika dijodohkan dengan Cik B.

PENYANYI Kucaimars tidak menjangkakan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B akan menerima 'lamarannya' untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya berjudul Mudah Bagimu.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, berkata Cik B merupakan pilihan pertama dan terakhir memandangkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan anak perempuan Vida.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucaimars dituduh 'kaki perempuan' - “Apa yang didakwa itu tiada bukti!”

Malah Kucaimars mengakui dia tidak kisah membayar Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin kerana berpuas hati dengan hasil video klip tersebut.



Kucaimars tak sangka Cik B terima lamarannya untuk bekerjasama.

"Konsep untuk buat video klip itu memang 100 peratus idea saya. Dalam kepala saya memang fikir nak Cik B dan memang tiada pilihan kedua. Jadi, saya sendiri DM Cik B di Instagram.

"Mula-mula saya tak rasa dia akan balas tapi selepas beberapa jam, dia respon dan tak sangka dia terima untuk bekerjasama dalam video muzik saya.

"Kalau cerita soal bayaran itu memang mahal tapi tak apa sebab bagi saya, berbaloi la. Cik B pun nampak berbeza dalam video muzik itu dan saya sangat sukakannya," kata Kucaimars kepada mStar.

Video muzik lagu Mudah Bagimu itu mula dimuat naik di saluran YouTube sejak 8 Julai lalu dan kini sudah hampi mencecah 100,000 tontonan.

Sebenarnya saya tak ada masalah pun jika ada netizen yang cuba gosipkan saya dengan CIk B

KUCAIMARS

PENYANYI

Kemunculan Cik B dalam video klip itu juga menarik perhatian netizen yang rata-ratanya ingin melihat mereka berdua menjadi pasangan kekasih di dunia nyata.

Dalam pada itu, Kucaimars memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya netizen gosipkan dirinya dengan Cik B malah tidak menolak jodoh antara mereka satu hari nanti.

"Sebenarnya saya tak ada masalah pun jika ada netizen yang cuba gosipkan saya dengan CIk B atau jodohkan kami bedua. Sebab bagi saya, kalau dah jodoh pun saya terima.

"Tapi kami pun tidak la berhubung selalu dan sebelum ini hanya contact atas dasar kerja sahaja. Sebelum ini pun, saya ada beri ucapan hari lahir kepada CIk B melalui DM Instagram," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kucaimars, Cik B, Datuk Seri Vida,

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain