suria

Kurang 1,000 pengikut, IG Suria FM kembali aktif selepas sebulan digodam - “Syukur walaupun banyak posting dipadam”

Intagram Suria hanya kehilangan 1,000 pengikut selepas digodam.

AKAUN Instagram milik stesen radio Suria FM iaitu @suriamalaysia yang digodam pada Jun lalu akhirnya telah dikembalikan dan mula aktif pada Isnin.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, biarpun kebanyakan posting telah dipadam namun bersyukur jumlah pengikut tidak banyak berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM hilang 333,000 pengikut gara-gara IG digodam, Tokti dan Nad Zainal nyaris jadi mangsa!

Bagaimanapun, DJ Lin yang juga penyampai radio segmen popular iaitu Suria Cinta mengakui beberapa kerjasama yang dirancang tahun ini sedikit terjejas berikutan laman sosial tersebut hilang.



IG Suria Malaysia kini kembali aktif.

"Walaupun kebanyakan ‘posting’ didapati telah dipadam, namun jumlah pengikut Instagram Suria Malaysia tidak berubah banyak.

"Kejadian akaun media sosial digodam ini sedikit sebanyak telah menjejaskan beberapa kerjasama yang dirancang untuk tahun 2020," kata DJ Lin menerusi kenyataan kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 4 Jun lalu, stesen radio Suria FM pula memaklumkan akaun Instagram milik mereka @suriamalaysia tidak dapat diakses dan dipercayai menjadi mangsa penggodam.

Malah, stesen tersebut akan membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan berulang kembali.



IG Suria FM pernah digodam pada Jun lalu.

Untuk rekod, sebelum ini Suria Malaysia memiliki lebih 333,000 pengikut di lnstagram namun kini hanya kurang 1,000 sahaja.

Kembali dilancarkan bermula hari ini, pihak Suria akan terus mengemaskini akaun tersebut dengan maklumat dan perkembangan terkini untuk pengikut setia Suria FM di Instagram.

Dalam pada itu, pihak Suria juga berterima kasih kepada pengikut yang kekal mendengarkan Suria dan menggunakan platform media sosial Suria FM yang lain semasa kejadian ini.

Dalam masa terdekat juga, Suria akan memberikan pelbagai hadiah menarik menerusi platform Instagram @suriamalaysia kepada pengikut lama dan baru.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain