Wanita tak sengaja pecahkan pinggan mangkuk, Betty Banafe terharu pengurus pusat beli-belah tak melenting - “Situasi itu sangat menyedihkan...”

Pelakon Betty Banafe berkongsi kejadian di sebuah pusat membeli-belah yang memberi kesedaran kepada dirinya tentang bantuan Allah ketika dalam kesusahan.

TERLIBAT dalam insiden yang menyentuh hati, pelakon Betty Banafe berkongsi kejadian yang dilalui di pusat beli-belah apabila seorang wanita tua tidak sengaja melanggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya sehingga pecah.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 41, berkata dia berasa sedih melihat situasi itu kerana pelanggan lain yang berada di situ hanya melihat dan tidak menghulurkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh kami tak panjang” - Betty Benafe bercerai dengan Bruce Dargus

"Hari ini semasa saya berjalan di pusat membeli-belah, tiba-tiba saya terdengar bunyi barang pecah.

"Saya jalan ke satu lorong dan ternampak beberapa orang sedang memerhati seorang wanita tua yang terlanggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya. Banyak yang jatuh ke lantai dan pecah.



Betty Banafe terharu dengan tindakan pengurus pusat membeli-belah yang bertindak secara profesional terhadap insiden tersebut.

"Wanita itu yang kelihatan malu terus melutut dan kutip serpihan yang hancur... sementara suaminya koyakkan kod bar dan cakap yang mereka perlu bayar semuanya.

"Situasi itu sangat menyedihkan. Wanita itu tak sengaja buat silap, dan semua mata memandang dia," tulisnya.

Bagaimanapun, ketika pelakon drama Spa Q ini ingin membantu wanita tersebut, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan pengurus tempat itu yang memberitahu mereka tidak perlu membayar ganti rugi pinggan mangkuk yang telah pecah kerana pihaknya mempunyai insurans untuk kemalangan seperti ini.

"Bila saya melutut disebelahnya untuk tolong dia, seorang lelaki datang kepada kami dan menyuruh kami untuk tinggalkan serpihan yang pecah itu.



Betty berharap umat Islam sentiasa muhasabah diri dan bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan.

"Dia kata pihaknya akan bersihkan dan meminta maklumat wanita itu supaya dia boleh ke hospital dan dapatkan rawatan untuk luka di tangannya, ” ujarnya.

Rentetan kejadian itu, Betty meminta pengikut Instagramnya agar muhasabah diri dan membayangkan jika mereka sedang berada dalam situasi sama di mana kesusahan dan kesedihan mereka hilang dengan bantuan Allah.

Betty turut mengingatkan umat Islam bahawa segala dosa dan kesalahan yang dilakukan pasti diampunkan jika mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Allah akan sembuhkan hati anda.

BETTY BANAFE

PELAKON

"Kepada anda yang sedang baca posting ini, saya mahu anda pejamkan mata dan bayangkan jika Allah sedang lakukan perkara sama kepada anda.

"Mengutip serpihan hati anda yang telah hancur daripada semua kesalahan dan tamparan yang dilemparkan kepada anda sepanjang hidup ini.

"Allah akan sembuhkan hati anda dan semua dosa dan salah yang anda pernah lakukan akan diampunkan", ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Betty Banafe

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain