suria

Hikmah kontroversi, tawaran berlakon Amyza Aznan tak putus - “Rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi”

Amyza luah rasa syukur diberi rezeki yang tidak pernah putus.

MESKIPUN 'perang' dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie masih berlanjutan, namun ia tidak menghalang pelakon Amyza Aznan menerima banyak tawaran dalam bidang lakonan.

Menurut Amyza yang bergelar dirinya sebagai kak Kaia, 44, dia menerima semua tawaran tersebut bukan disebabkan terlalu tamak tetapi enggan membuatkan pihak lain berkecil hati.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya panggil wartawan, peguam tak tahu apa-apa” - Amyza Aznan jawab isu bawa media serbu firma guaman kes saman Zarina Anjoulie

Amyza berkata dia percaya dengan pengalaman selama 20 dalam industri berserta personalitinya yang kelakar dan bakat yang ada menjadikan dirinya berjaya membawa pelbagai watak.



Amyza kongsi perkara itu di Instagram.

"Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdulillah... rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang.

"Kalau tolak nanti kecil hati orang. 20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak," kata Amyza.

Pelakon drama bersiri popular Budak Tebing itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sedutan rakamn sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut memuji lakonannya.

Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi

AMYZA AZNAN

PELAKON

Kes saman antara Zarina dan Amyza masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini.

Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia akan terus belajar dalam bidang lakonan supaya dirinya kekal relevan dan memenangi lagi anugerah.

"Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi," ujarnya.

Amyza pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah pada tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amyza Aznan, Zarina Anjoulie,

Artikel Lain