Akui mudah ditipu, akaun IG Adibah Noor lesap dicuri penggodam - “Betapa bodohnya saya percaya...”

Adibah terpaksa membuka akaun Instagram yang baharu.

GARA-GARA percaya dengan permintaan untuk mendapatkan pengesahan daripada Instagram, akaun laman sosial milik penyanyi Adibah Noor itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 50, berkata semua gambar kenangan sudah hilang buat selama-lamanya dan kini dia terpaksa membuat akaun Instagram yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor reda jadi ‘reference’ perempuan berbadan besar - “Maaf jika kawan-kawan ejek atau hina anda gemuk macam saya”

"Hi gais... Instagram saya adibah_noor tidak lagi wujud. Betapa bodohnya saya percaya dengan permintaan 'verification' (pengesahan).



Penggodam meminta wang jika mahu dikembalikan Instagram Adibah.

"Sekarang semua gambar dan post memori sudah tiada lagi selama-lamanya. Akaun baharu saya adalah @adibahnoormohdomar. Sekadar kalau anda nak mengikuti," kata Adibah.

Adibah berkongsi perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya dan turut memuat naik paparan skrin emel yang berhubung dengan akaun Instagramnya turut ditukar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui dia mudah ditipu kerana terlalu panik akaun laman sosialnya akan ditutup dalam tempoh 24 jam jika tidak melakukan apa yang disuruh penggodam tersebut.

Malah Adibah sudah menjangkakan penggodam tersebut meminta wang jika ingin mendapatkan semula akaun laman sosialnya itu.

Kalau ada pihak 'Instagram' suruh buat pengesahan bagai... jangan percaya. Menipu saja

ADIBAH NOOR

PENYANYI

"Bila tak buat 'verification' mereka akan ugut nak tutup akaun dalam tempoh 24 jam la apa la. Jadi, anda pun kelam kabut la buat apa yang disuruh.

"Tukar kata kunci banyak kali bagi kod pengesahan.. (yeay saya sangat mudah ditipu). Akhirnya... sampai emel anda pun yang berhubung dengan Instagram anda mereka tukar.

"Kalau ada pihak 'Instagram' suruh buat pengesahan bagai... jangan percaya. Menipu saja. Sekarang akaun Instagram saya adibah_noor dah disimpan mereka.

"Seperti yang dijangka, penggodam mahukan duit untuk kembalikan akaun saya. Tiada kejutan. Jadi, ini adalah akaun baharu sekarang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Adibah Noor, Instagram, penggodam,

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain