suria

Kahwini duda anak lima, Linda Eva teruja kini besarkan sembilan orang anak

Linda Eva kini bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohd Fairuz.

DUA tahun bergelar ibu tunggal, bekas anggota kumpulan Eva, Linda, selamat diijab kabul dengan seorang duda Mohd Fairuz Ibrahim, 33, di Masjid Kuala Kubu Bharu, pada petang Jumaat.

Linda atau nama sebenarnya Nurhaslinda Ishak, 43, meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak tahun lalu berjalan dengan lancar.

“Sebenarnya perkahwinan ini dirancang sejak setahun lepas, tapi anak saya mengalami kemalangan jadi kami terpaksa tunda.

“Bulan tujuh ini genap setahun kemalangan anak saya dan dia sudah sembuh jadi kami rancangan kembali perkahwinan ini, ” ujarnya kepada mStar.



Linda dan Mohd Fairuz diraikan dalam sebuah majlis di Putrajaya.

Linda yang juga ibu kepada penyanyi Haziq ini ditemui pada majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di D’ Empangan Udang Galah, Putrajaya pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Linda memberitahu dia teruja apabila kini mempunyai sembilan orang anak termasuk lima daripada perkahwinan terdahulu suaminya.

“Kini saya ada sembilan anak... sekarang kami satu keluarga yang besar.



Linda teruja besarkan sembilan orang anak.

“Lepas ini rezeki kami adalah rezeki anak-anak kami, tiada istilah anak saya atau anak awak semuanya anak-anak kami, ” ujarnya.

Linda pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan selama 20 tahun namun bercerai pada 2018

Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Haziq, 20, Afrina, 16, Syuhadah, 15, dan Aliya, 10.

Linda Eva,

Artikel Lain