suria

Azad Jazmin dedah punca tak sertai Raja Lawak, hasrat terkubur selepas adik meninggal dunia - “Partner saya dah arwah”

Pelawak Azad Jazmin meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham adiknya, pelakon Nizar Jeffri.

PELAKON dan pelawak Azad Jazmin mendedahkan punca utama dia menolak tawaran menyertai pertandingan Raja Lawak adalah disebabkan pemergian adik lelakinya Allahyarham Nizar Jeffri sepuluh tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Azad berkata, rancangan untuk menyertai program itu terkubur selepas adiknya yang juga seorang pelakon meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berair pada tahun 2010.

ARTIKEL BERKAITAN: "Seperti Ada Sesuatu Yang Tidak Kena"- Azad Jazmin

"Assalamualaikum semua, setiap kali saya tengok video ni saya akan sangat seronok dan dalam masa yang sama saya akan tersangat sayu dan sedih.

"Kenapa Pak Azad tak masuk Raja Lawak atau Maharaja Lawak Mega? Soalan yang selalu diajukan pada saya.



Azad meluahkan rasa rindu terhadap adiknya di Instagram pada Sabtu.

"Bukan saya tak nak masuk, sebab partner saya tak ada, partner saya dah arwah.

"Saya pernah rancang dengan arwah adik saya nak masuk Raja Lawak tapi setelah arwah adik pergi meninggalkan saya makanya terkubur niat saya bersamanya, ” tulisnya.

Allahyarham Nizar meninggal dunia pada usia 31 tahun popular dengan watak Boboy menerusi filem Kongsi.

Menerusi posting tersebut, Azad turut meluahkan rasa rindu kepada Allahyarham.

Al-Fatihah untuk arwah adik, abang rindu awak

AZAD JAZMIN

PELAWAK

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Malah ada segelintir netizen baru mengetahui arwah merupakan adik kandung kepada pelakon berkenaan.

"Al-Fatihah untuk arwah adik Nizar Jeffri atau Boboy (Kongsi) abang rindu awak... Anak Antoo Penang Boboy the legend!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azad Jazmin, Nizar Jeffri

Artikel Lain