Fazley Yaakob tutup Suka Sucre Bistro, imbau kenangan 7 tahun lalu terjebak jadi cef - "Saya tak sangka perjalanan hidup saya bertambah ceritanya”

Fazley Yaakob tutup operasi restoran di Cheras, Suka Sucre Bistro dan merancang untuk berpindah ke lokasi lain.

SETELAH tujuh tahun beroperasi, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengumumkan penutupan operasi restorannya iaitu Suka Sucre Bistro yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Fazley berkata, dia merancang untuk berpindah ke lokasi baharu yang akan diberitahu kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sedih pinggan ibu cair gara-gara panaskan pizza, Fazley Yaakob nak tolong ganti tapi ada pula yang tak senang – “Jangan sokong orang bodoh Datuk...”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara 'typo' pada sari kata, Fazley Yaakob terkejut terima banyak DM - “Sepatutnya cake tapi jadi c***, bahaya tapi lucu!”

"Hari ini (Jumaat) merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi.

"Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu," tulisnya.



Fazley berkongsi berita penutupan operasi Suka Sucre Bistro di Instagram pada Jumaat.

Mengimbau kenangan sewaktu bergelar juara program memasak pada 2012, Fazley yang merupakan seorang penyanyi akui tidak menyangka dia akan bertukar bidang menjadi seorang cef.

Tambahnya, dia memulakan Suka Sucre Bistro dengan restu Allahyarham bapa dan ibunya.

"Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang cef.

"Dengan restu dan izin arwah bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan Suka Sucre Bistro," ujarnya.

Banyak kenangan kita bersama di sini.

FAZLEY YAAKOB

CEF SELEBRITI

Penyanyi lagu Asmara Ini berkata setelah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah dari dalam dan luar negara sepanjang tujuh tahun beroperasi, Suka Sucre Bistro sudah bersedia untuk berpindah ke tempat baharu.

Fazley turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang pernah berkunjung ke restorannya di samping menitip penghargaan kepada semua staf yang pernah berkhidmat dengan syarikat itu.

"Tujuh tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu.

"Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami, yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh.



Fazley bersama Allahyarham bapa dan ibunya.

"Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, pengurusan, ataupun pembantu atau pencuci.

"Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fazley Yaakob

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain