Muat naik aksi lucah, Ustaz Ahmad Dusuki kesal Sajat tak habis-habis buat hal - “Wajib boikot makhluk tak reti malu!”

Ustaz Ahmad Dusuki menggesa umat Islam memboikot Sajat atas kelakuan lucahnya di Instagram.

TINDAKAN usahawan kosmetik Nur Sajat memuat naik video-video tidak sopan dan lucah di laman sosial mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki menggesa umat Islam supaya memboikot ahli perniagaan sensasi itu agar dia menghentikan aksi-aksi memalukan umat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat nafi ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi - “Saya fokus buat ibadah, tiada masa tengok media sosial”

"Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini.

"Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah," tulisnya.



Sajat sering memuat naik gambar dan video tidak sopan dan lucah di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, pendakwah tersebut meluahkan rasa kesal terhadap Sajat yang tidak berhenti melakukan perkara berunsur maksiat dan mengundang murka Allah kepada umat Islam di Malaysia.

Ustaz Ahmad Dusuki turut menasihati orang ramai supaya tidak mencontohi dan mengikuti sikap Sajat yang dilaknat Allah.

"Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah sehingga perlu kepada makhluk sebegini tidak berhenti mengundang murka Allah kepada kita semua.

"Tolong jangan diikuti dan dicontohi sikap yang dilaknat oleh Allah dan para malaikat kepada golongan sebegini," katanya.

Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

PENDAKWAH

Dalam pada itu, dia turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas Sajat dan golongan serupa dengannya.

"Maklumkan kepada semua keluarga dan masyarakat ini.

"Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini," ujarnya.

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed turut meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan Sajat dan meminta orang ramai memboikot usahawan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ustaz Ahmad Dusuki, Sajat

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19