suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Alhamdulillah. MasyaAllah bayi lelaki untuk kami” - Dynas Mokhtar bersalin Jumaat lalu

Dynas dan suami sambut kelahiran anak pertama mereka pada Jumaat lalu.

PELAKON dan pengacara Dynas Mokhtar memberitahu dia dan suaminya, Muhammad Syazrik Che Mohd Din menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada Jumaat lalu.

Dynas, 36, juga meluahkan rasa syukur apabila mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Dynas minta Syazrik cari wanita bujang


Dynas melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu.

"Ketentuan Illahi... Alhamdulillah. MasyaAllah seorang bayi lelaki untuk kami. Kami sihat. #170519 #LilP #Rikdy," kata Dynas.

Pelakon drama Susuk itu hanya memuat naik foto tapak tangannya bersama suami dan bayi mereka di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Rata-rata netizen dan selebriti tempatan antaranya Zarul Umbrella, Eyra Hazali dan Siti Elizad mengucapkan tahniah kepada Dynas sekeluarga.

Dynas sekeluarga terima kehadiran orang baharu.

Dynas dan suaminya yang juga ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 21 April tahun lalu di kediaman keluarganya di Shah Alam.

Pengacara program realiti Dewi Remaja itu mempunyai dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7, menerusi perkahwinan terdahulu.

Dynas Mokhtar

Artikel Lain