suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roy Azman bebas sakit jantung dan kencing manis, hanya alami gastrik

Roy hanya mengalami masalah gastrik. Foto Instagram @royazman30

PELAKON Roy Azman yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki mengalami masalah jantung dan kencing manis disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Menurut Roy, 48, selepas melakukan pemeriksaan pakar, dia didapati hanya mengalami gastrik.

"Assalamualaikum nak update dengan semua tentang kesihatan, sekarang doktor dah sahkan abang bersih dari sakit jantung dan kencing manis.

"Syukur Alhamdulillah tapi ada gastrik sebab tu sampai pengsan ada gastrik. Terima kasih pada semua yang hadir dan mendoakan kesihatan abang. You all sweet sangat!," katanya.

Roy Azman atau nama sebenar Zairosminan Abdul Rahman berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu menerusi laman Instagram.

Roy lega bebas daripada penyakit jantung dan kencing manis.

Rata-rata pengikut pelakon drama Diari Ramadan Rafique ini turut menarik nafas lega dan mengucapkan syukur dengan perkembangannya itu.

Pada Jumaat, Roy telah dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri dan pemeriksaan awal mendapati dia disyaki mengalami masalah jantung.

"Abang ditahan dekat HKL, suspek jantung. Nak ucap ribuan terima kasih kepada mereka yang tolong dari mula sebelum pengsan hingga sampai ke hospital dan panggil paramedik semua.

"Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat. Tak lupa juga kepada mereka yang mendoakan kesihatan abang, Terima kasih banyak Insya-Allah," katanya.

Roy Azman

Artikel Lain