suria

Ebby Yus terima tawaran kedua, peminat wanita pula mahu derma buah pinggang!

Jika sebelum ini peminat lelaki, kali ini peminat perempuan pula mahu derma buah pinggang. Foto Instagram @ebbyyusoriginal

PELAWAK Ebby Yus mendedahkan dia menerima tawaran kedua daripada individu tidak dikenali yang meluahkan hasrat untuk mendermakan buah pinggang kepadanya.

Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, berkata kali ini dia dihubungi oleh seorang wanita yang turut menyatakan hasrat yang sama.

"Seminggu sebelum puasa saya ada terima satu panggilan daripada seorang wanita yang berniat nak derma buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat murah hati mahu derma buah pinggang buat Ebby Yus

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati penderitaan Ebby Yus, pelawak bersatu hati cari dana

"Tapi buat masa ini belum ada sebarang perbincangan lanjut kerana hal ini bukan perkara mudah dan banyak proses, cumanya saya kagum dengan niat dia itu.

Ebby Yus sibuk dengan pelbagai program televisyen pada bulan Ramadan ini.

"Iyalah, nak derma buah pinggang ini bukan boleh main-main atau buat gurau-gurau," katanya kepada mStar.

Ebby Yus ditemui semasa pelancaran TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada Januari lalu, pelakon yang menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu terkejut apabila menerima tawaran seorang peminat lelaki yang mahu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Kesihatan Ebby Yus semakin baik.

Individu berkenaan meluahkan hasrat tersebut menerusi ruang komen Facebook berhubung artikel tentang keadaan kesihatannya yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya, Ebby memberitahu masih belum ada keperluan untuk dia menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

"Buat masa ini doktor kata tak perlu lagi dan tak cadangkan kerana keadaan saya belum ditahap yang terlalu teruk.

"Saya masih teruskan pemeriksaan dan rawatan cumanya tak perlu dialisis atau apa-apa lagi. Alhamdulillah kos perubatan pun kurang sedikit daripada dulu," ujarnya.

Ebby Yus

Artikel Lain