Nourul Wahab dedah tak solat sepenuh waktu tapi Allah tetap bantu - Hiburan | mStar

Nourul Wahab dedah tak solat sepenuh waktu tapi Allah tetap bantu

Nourul akui pernah hampir mengalami kemurungan kerana terlalu memikirkan masa depan bersama anaknya.

PENYANYI Nourul Wahab nyaris mengalami kemurungan kerana terlalu memikirkan masa depan dia dan anaknya, Ayu Nazirah kira-kira 10 tahun lalu. 

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, bagaimanapun bersyukur kerana Allah sentiasa membantunya biarpun dia tidak melaksanakan solat lima waktu sepenuhnya.

"Nah ni gambar lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru tapi alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenis solat lima waktu. Habaq sungguh ni.

"Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti uruskan kewangan. Muka senyum tapi dalam hati Allah saja yang tau. Kena macam-macam masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa Mr. Depp.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab tersadung, nasib baik bayi dalam perut masih bergerak


Nourul turut memuat naik foto dia pada 10 tahun lalu.

"Saya sangat sedih. Hampir kemurungan. Fikir masa depan, fikir seorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi," katanya menerusi laman Instagram pada Rabu.

Ayu yang kini berusia 21 tahun adalah anak sulung hasil perkahwinan pertama Nourul dengan komposer Ajai pada 1996 dan mereka bercerai pada 2007.

Menurutnya, dia bernasib baik mempunyai dua sahabat yang banyak membantu dan menerima dirinya bukan sebagai seorang selebriti.

"Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan pemikiran negatif. Jadi cari kawan yang positif.

"Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu gembira bersama sebab mereka terima saya seadaanya. Bukan sebagai artis," ujarnya.

Dalam pada itu, Nourul turut bersyukur dipertemukan dengan suaminya yang mengubah kehidupan dan memberi pengetahuan serta kebahagian sepenuhnya.

Nourul dan suami serta anak-anaknya.

"Itu kisah dulu. Alhamdulillah Allah pertemukan seorang hambaNya yang boleh membimbing dan mengubah hidup 360 darjah. Beri pengetahuan dan kebahagiaan yang semaksimanya.

"Saya belajar mengenai banyak perkara melalui dia terutamannya tentang kehidupan ini. Bertuahnya kami. Bersyukur sangat-sangat. #Alhamdulillah. Tengok semula kehidupan anda.

"Macam mana perubahan anda. Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik. Dari segi emosi, pemikiran, rohani dan juga yang paling penting ekonomi," katanya.

Nourul yang kini hamil enam bulan berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Nourul Wahab

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain