Netizen kutuk Linda Rafar isu hina jururawat akhirnya tampil mohon maaf - Hiburan | mStar

Netizen kutuk Linda Rafar isu hina jururawat akhirnya tampil mohon maaf

Linda muat naik permohonan maaf daripada beberapa indvidu yang melemparkan kecaman terhadapnya di laman sosial.

LANGKAH pelakon dan penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap netizen selepas dibuli di alam siber menjadi perhatian dalam industri hiburan tanah air.

Menerusi tuntutan saman itu pihak Linda menamakan lebih 100 individu agar membuat permohonan maaf secara terbuka di platform media sosial masing-masing.

Tindakan tersebut memberi kesan apabila beberapa individu tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instastory mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dibuli' isu fitnah jururawat... 100 netizen berdepan saman Linda Rafar

ARTIKEL BERKAITAN: DON mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat


Antara beberapa permohonan maaf daripada individu terbabit.

"Saya mohon maaf kepada @lindarafar kerana memberikan DM (IG) yang menjatuhkan reputasi dan integriti beliau pada 28/12/18 dan saya akan lebih berhati-hati di masa akan datang untuk menghentikan spekulasi dan DM negatif/ merosakkan reputasi ke atas Linda selepas ini.

"Saya nak minta maaf kerana sewenang-wenangnya dan tanpa bukti membuat komen/posting/story/status/tweet berbunyi pada bulan 12/2018 dan saya mengaku bahawa Linda tiada langsung membuat sebarang kesalahan terhadap saya," tulis beberapa netizen.

Linda memuat naik permohonan maaf secara terbuka daripada beberapa individu yang melemparkan kecaman terhadapnya menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Linda telah mengadakan sidang media yang turut dihadiri penguamnya, Nurul Hafidzah bagi menjelaskan mengenai saman tersebut.

Linda (dua dari kiri) bersama barisan peguamnya ketika sidang media yang diadakan pada Selasa.

Saman itu dilakukan Linda ke atas lebih 100 netizen yang melemparkan kecaman sehingga menjejaskan reputasinya di laman sosial berhubung dakwaan memfitnah jururawat baru-baru ini.

Kesemua individu terbabit telah diberikan tempoh selama tujuh ke 14 hari untuk berbuat demikian selepas menerima notis tuntutan itu.

Sebelum ini, Linda pernah berkongsi keluhan terhadap sekumpulan jururawat yang didakwa bersikap biadap di sebuah hospital di Shah Alam pada Disember lalu.

Status tersebut telah mengundang kemarahan netizen termasuk golongan jururawat yang menyifatkan tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan.

Linda Rafar

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain