suria

Tersebar gambar aib petanda Allah mahu Emma Maembong sedar

Pendakwah muda, Da'i Wan meninggalkan kata-kata nasihat buat pelakon Emma Maembong.

INSIDEN penyebaran gambar Emma Maembong yang tidak mengenakan tudung sejak Isnin lalu menghangatkan dunia hiburan sehingga ramai mengkritik pelakon itu.

Walaupun Emma sudah meminta maaf atas kekhilafan dirinya namun masih ramai tidak berpuas hati terhadap dia dengan melemparkan kata-kata kejian kerana perbuatan itu.

Pendakwah muda, Da'i Wan bagaimanapun meminta Emma bersabar dengan dugaan tersebut kerana kejadian itu sebenarnya membawa petanda baik di sebalik keburukan yang diperkatakan oleh orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai... “Allahkan ada” komen Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... ini semua kecuaian, salah Syed seorang” - Abang menteri jawab isu foto wanita celah kangkang

"Terbongkarnya aib, orang selalu anggap ia keburukan. Maaf. Saya hadir untuk perbetulkan.

Kata-kata nasihat yang positif untuk Emma.

"Ia sebenarnya tanda kebaikan yang Allah nak bagi pada kita. Orang yang hari ini sedar dan tahu tentang aib dia lantas dia ubah dan baikinya. Usaha ini yang buat dia bernilai di sisi Allah," tulisnya di Twitter.

Sejak Isnin lalu, foto dipercayai pelakon Emma Maembong bersama seorang pemuda iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menjadi perhatian netizen.

Jagalah amalan di belakang tabirmu, dari situ ukuran kata ulama, Allah akan pelihara di depan tabirmu pula.

DA'I WAN

PENDAKWAH SELEBRITI

Foto tersebut dipercayai dirakam minggu lalu ketika mereka bercuti ke luar negara.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Emma turut meminta maaf atas kesilapannya di Instagram.

Sementara itu, dalam posting di Instagram, Da'i Wan turut memberi peringatan kepada Emma agar sentiasa menjaga amalan kerana dari situ Allah akan sentiasa memelihara seseorang itu.

"Ingatlah dalam semua pandangan mata manusia, ada satu sahaja pandangan yang kalau Emma dapat jagakan, maka akan terjagalah keseluruhan aibmu.

"Jagalah amalan di belakang tabirmu, dari situ ukuran kata ulama, Allah akan pelihara di depan tabirmu pula.

"Cuba untuk fahami kata-kata saya ini. Insya-Allah, ia akan menjadi mutiara yang mahal harganya khas buat dirimu untuk kegunaan pada masa ke depan. Yang benar, Da'i Wan," katanya.

Da'i Wan, Emma Maembong

Artikel Lain