suria

Tahun 2009 tu ‘sistur’ masih ada suami... Nak buat lagu mana? - Rita Rudaini

Rita anggap foto tersebut merupakan kenangan yang tidak dapat diubah dan dipadam.

FOTO cabaran 10 tahun lalu yang dimuat naik pelakon Rita Rudaini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman Instagramnya kerana mamaparkan dia dengan bekas suami.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Rita, 42, berkongsi foto dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang telah pun mempunyai isteri.

Menurut Rita, dia berkongsi foto tersebut ketika itu kerana statusnya masih lagi isteri kepada Aidil dan ia merupakan kenangan yang tidak dapat diubah dan dipadam.

"Ramai DM (direct message) sistur (sister) minta sistur buat #10yearschallenge... Alahai sistur segan sebenarnya... Nah! Ni #10yearschallenge sistur.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak peduli nak kata saya rindu atau gila talak" - Rita Rudaini


Netizen persoalkan tindakan Rita muat nai foto cabaran 10 tahun lalu bersama bekas suami.

"Nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu foto sistur masih ada suami. Tak ada pula foto sistur bujang. Nak tutup atau buang tak sampai hati sebab masih hidup.

"Tak apa la, tak salah pun, kenangan 2009 tak boleh diubah dan tak boleh dipadamkan? Jadikan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan," katanya.

Bagaimanapun, Rita membalas komen netizen dengan mengatakan apa yang terjadi antara dia dan Aidil adalah sesuatu yang tidak dapat diubah.

Dalam pada itu, aktres ini juga berseloroh bertanyakan kepada pengikutnya mengenai foto tersebut yang tidak mempunyai perubahan biarpun sudah 10 tahun berlalu.

Dua orang anak dibawah jagaan Rita.

"Apa macam #10yearschallenge sistur? Banyak perubahan tak? Sama saja kan... Dulu bertiga sekarang pun bertiga juga.

"Ni baru betul foto #10yearschallenge tau. Sistur tak ada nak letak foto tipu punya la," ujarnya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Rita Rudaini

Artikel Lain