suria

Nourul Wahab tersadung, nasib baik bayi dalam perut masih bergerak

Nourul terjatuh ketika dia mahu menghentikan anak bongsunya yang sedang bergerak lagu bermain ski.

PENYANYI Nourul Wahab berkongsi detik cemas dia terjatuh disebabkan cuba menghentikan anak lelaki bongsunya, Raphael Depp yang sedang bergerak laju bermain ski.

Bagaimanapun Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan bayi dalam kandungannya masih bergerak.

Malah, Nourul sempat berseloroh mengatakan apabila bayi perempuannya yang diberi nama Isabella selamat dilahirkan akan mengetuk kepala Raphael.

"Ya Allah. Mohon pelihara. Buat masa sekarang, tak ada apa-apa. Alhamdulillah. #Isabelladepp bergerak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab mulanya segan kongsi berita hamil anak keempat


Nourul kongsi detik cemas terjatuh.

"Jadi okey. Panik dua minit. Jaga bukan main. Jatuh juga. Tersadung dengan 'bob' (papan luncur) yang Raphael naik. Dia jerit ingatkan takut rupa-rupanya teruja.

"Hantu betui (betul) Raphael ni. Esok Isabella keluar, ketuk kepala hang (awak)," kata Nourul.

Nourul berkongsi detik itu menerusi laman Instagram miliknya dan memuat naik video ketika mereka sekeluarga sedang bermain ski di La Bresse-Hohneck Labellemontagne, Perancis.

Menerusi video tersebut, penyanyi itu memberitahu dia bernasib baik apabila kaki terjatuh terlebih dahulu sebelum perutnya.

Menurut Nourul, dia menganggap kandungannya yang kini sudah mencecah enam bulan seperti telur yang rapuh dan setiap langkah yang diambilnya perlu berhati-hati.

Nourul dan keluarganya kini sedang menikmati percutian di Perancis.

"Kami terjatuh. Jatuh kaki dulu kemudian baru perut. Minta-minta tak ada apa-apa. Insya-Allah. Nak berhentikan Raphael, kita yang tertonggeng. Adui.

"Bila mengandung ni kan, macam ada telur dalam perut. Jadi, ianya rapuh. Bila jalan tu kena berjaga-jaga," katanya.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Nourul Wahab

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT