suria

Nourul Wahab mulanya segan kongsi berita hamil anak keempat

Nourul dijangka bersalin anak keempat pada tahun hadapan.

PENYANYI Nourul Wahab pada mulanya berasa segan untuk memberitahu kepada umum bahawa dia kini sedang hamil anak keempat dan kandungannya sudah memasuki lapan minggu.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia memilih untuk berkongsi berita itu kerana ingin mengelakkan daripada salah faham.

"Pada mulanya saya segan nak beritahu mengenai kehamilan ini. Yela, sebab sudah nak masuk anak keempat. Tak ada benda nak kongsi pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas... anak Nourul Wahab sawan di pusat beli-belah

ARTIKEL BERKAITAN: Menginjak usia 20 tahun, anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik


Nourul kongsi berita kehamilan di laman sosial.

"Tapi disebabkan takut berlaku salah faham, saya memilih untuk berkongsi juga berita gembira ini.

"Takut nanti pengikut laman sosial pertikaikan kenapa badan saya berisi sedangkan saya berniaga produk untuk kurus," kata Nourul kepada mStar Online.

Nourul telah berkongsi berita kehamilannya menerusi laman sosial pada Jumaat lalu dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, Nourul merancang untuk memiliki seorang lagi anak perempuan namun tidak meletakkan harapan tinggi.

"Saya dan suami memang rancang nak anak perempuan tapi tak letak harapan yang tinggi sangat.

Nourul bersama dua orang anaknya, Zachary Depp dan Raphael Depp.

"Tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan. Bagi saya, semua itu adalah rezeki Allah," ujarnya.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Nourul Wahab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain