suria

Ramai puji Nora Danish masih cantik berimej botak

Nora berimej botak curi perhatian pengikut. Foto Instagram @noradanish

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad.

Bagaimanapun, menerusi kapsyen Nora memberitahu dia sedang melakonkan watak seorang wanita yang menderita kanser rahim.

"Saya Eva, saya ada kanser rahim tahap empat, saya redha dan beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang, tapi saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia," tulisnya tentang watak tersebut.

Perkongsian Nora di Instagram.

Nora Danish berpenampilan sedemikian bagi menjayakan watak Eva dalam telefilem Hingga Jumpa lagi terbitan KL Motion Picture. Ia hasil sentuhan jurusolek artis Sherry Alauddin.

Meskipun berpenampilan botak, rata-rata pengikutnya berasakan Nora masih kelihatan cantik dan anggun.

Malah, ada juga rakan artis yang sempat meninggalkan komen memuji penampilan aktres berusia 36 tahun ini.

Nora bergandingan dengan Kamal Adli dalam Hingga Jumpa Lagi. Foto IG: @kamaladli

"Awak ni buat apa pun cantik," kata Siti Sarah Raissudin.

"Awak masih cantik meskipun botak," komen Elvina Mohamad.

"Artis kesayangan dari dulu sampai sekarang, tak pernah mengecewakan, cantik seperti biasa," tulis seorang peminat pula.

Foto yang dimuat naik itu menerima lebih 40,000 tanda suka dan hampir 800 komen ditinggalkan pengikut.

Nora Danish

Artikel Lain