Baru kahwin empat hari, Kaka Azraff dedah sikap sebenar suami

Kaka Azraff dan Adam Azriff disatukan sebagai suami-isteri pada Jumaat lalu. Foto Instagram @kakaazraff

BARU empat hari bergelar isteri, penyanyi Kaka Azraff berkongsi sikap sebenar suaminya, Adam Azriff di Instagram.

Kaka memberitahu dia sudah mengenali salah satu sikap suaminya yang seorang Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Adam dilihat mengemas rumah mereka tanpa henti sehingga Kaka memintanya berhenti daripada melakukan kerja tersebut.

"OCD husband... Non-stop sayang. Dah berhenti sayang, dahlah," katanya kepada Azriff.

Bagaimanapun suaminya itu tetap tidak memperdulikannya dan terus membersihkan ruang tamu rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff

Lucu... Kaka berkongsi video suaminya yang tidak henti-henti mengemas rumah.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 29, dan Adam disatukan sebagai suami-isteri pada 14 Disember baru-baru ini selepas dirisik oleh keluarga pemuda itu pada 27 November lalu.

Mengenali rapat suaminya sejak setahun lalu namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sekitar tiga bulan lalu.

Kaka mendedahkan dia yang telah melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Sementara itu, Kaka turut memuat naik video koleksi gambar-gambar mereka ketika kecil sehingga sewaktu mereka bercinta untuk tatapan pengikutnya.

Menerusi kapsyen video tersebut, Kaka memberitahu Adam adalah teman baik, kekasih dan cinta sejatinya.

"Daripada seorang kawan kepada segalanya buat saya. Kawan baik, kekasih dan cinta sejati. Terima kasih Allah. Hi suami," tulisnya.

Kaka Azraff, Adam Azriff

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain