Sebulan sibuk di lokasi, anak tak kenal Hafidz Roshdi

Hafidz Roshdi mahu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak perempuannya, Humairah. Foto Instagram @hafidz.roshdi

SEMENJAK menimang cahaya mata pertama pada September tahun lalu, nama Hafidz Roshdi seakan-akan menyepi daripada radar dunia hiburan sehingga ada mengatakan popularitinya sudah merundum.

Bagaimanapun kata Hafidz, 24, dia memang memilih untuk memperlahankan seketika karier seninya bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada bayi perempuannya, Humairah yang kini sudah pun berusia 15 bulan.

Hafidz berkata, dia pernah berasa tersentak apabila Humairah seperti tidak mengenalinya selepas sebulan tidak bertemu kerana terikat dengan komitmen lakonan.

Hafidz dan isteri, Shuhada.

"Situasi itu betul-betul menyedarkan saya bahawa keluarga dan anak lebih penting daripada segala-galanya dan sebab itu saya ambil keputusan untuk perlahankan karier.

"Saya tidak mahu kerana terlalu sibuk bekerja sampai anak tak kenal saya. Cukuplah sebelum ini sebulan saya tiada, bila pulang dia tidak kenal saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia tidak terlalu berfikir mengenai cakap-cakap mengatakan namanya sudah tenggelam kerana baginya rezeki terletak di tangan Tuhan.

"Apa yang penting saya perlu berusaha keras demi keluarga dan bukannya meletakkan label itu sebagai punca rezeki," ujarnya.

Hafidz mahu mahu syarikat produksinya sendiri.

Atas dasar itu juga kata Hafidz, sebagai persediaan jangka panjang, dia merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri tahun hadapan.

Kata Hafidz, dia mahu membuka syarikatnya sendiri kerana ingin mencuba sesuatu baharu dalam kariernya dan tidak hanya berada di takuk lama.

"Memang impian saya untuk bergelar pengarah dan penerbit dan Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar pasti ia terlaksana.

"Buat masa sekarang masih banyak perkara perlu saya pelajari dan perbaiki sebelum bersedia ke arah itu," katanya.

Hafidz Roshdi

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain