suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal Isteri Ajar Idris Khan Bahasa Arab

Idris mengatakan Sanaa memiliki ciri-ciri wanita idamannya. Foto LOW BOON TAT.

PELAKON Idris Khan mendedahkan bakal isterinya, Sanaa Jeljalane, yang berasal dari Maghribi itu banyak membantu dia untuk memahami bahasa Arab.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 29 berkata dia banyak belajar bahasa Arab dan memahami ayat dalam doa ketika solat menerusi wanita itu.

"Kalau saya nak khusyuk dalam solat, kena faham maksud bacaan doa. Perkara ini selalu buat saya tertanya-tanya.

Idris dan Sanaa merancang untuk berkahwin pada awal tahun hadapan. Foto Instagram: @idriskhan.

"Dia boleh berbahasa arab dan mengajar saya. Jadi, saya rasa itu adalah arah untuk membantu saya," kata Idris kepada mStar Online.

Tambah Idris lagi, wanita dengan panggilan manja Sanaa itu juga mempunyai ciri-citi wanita idamannya.

Biarpun sebelum ini Idris pernah terpait dengan kontroversi, namun wanita berusia 26 tahun itu memahami kehidupan selebriti.

Idris Khan.

"Dia mempunyai ciri-ciri wanita yang saya cari. Selain boleh berbahasa arab, dia juga seorang yang sangat memahami.

"Sanaa faham dengan kehidupan saya sebagai seorang selebriti. Dia tahu saya pernah ada kontroversi.

"Tapi dia tak kisah dengan semua itu dan tidak pertikaikan," ujarnya.

Idris Khan Pilih Januari Nikah Wanita Maghribi

Menerusi laporan mStar Online pada 15 November lalu, Idris dan kekasihnya akan melangsungkan perkahwinan pada 20 Januari 2018.

Terdahulu Idris terpalit dengan kontroversi penyebaran gambar lucah yang mengaitkan namanya dengan seorang artis wanita pada September lalu.

Idris Khan

Artikel Sebelum

Mencabar Jaga Anak - Akim

Artikel Berikut

Artikel Lain