Kumpulan Media Star Raih 3 Trofi Akifma 2017 - Hiburan | mStar

Kumpulan Media Star Raih 3 Trofi Akifma 2017

Dari kiri: Shazryn Mohd Faizal, Angelin Yeoh dan Mumtaj Begum. Foto SHAARI CHEMAT.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Star meraih tiga trofi di Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (Akifma 2017) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Park Royal, malam Jumaat.

Wartawan sambilan mStar Online, Shazryn Mohd Faizal memenangi kategori Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem menerusi laporan berjudul Estetika Tinggi Dari U-Wei Dalam Hanyut yang diterbitkan pada 29 November 2016.

Manakala, wartawan The Star iaitu Mumtaj Begum menerusi artikel A Pioneer In Filmmaking merangkul kategori Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak).

Angelin dan Mumtaj bersama rakan sekerja.

Sementara itu, Angelin Yeoh dari penerbitan akhbar yang sama dipilih memenangi Anugerah Wartawan Hiburan Muda.

Dalam pada itu, Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan 2017 diberikan kepada bekas Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu Fauziah Rauf.

Pemilihan Fauziah berdasarkan sumbangan besarnya dalam dunia seni dan hiburan sepanjang bergelar wartawan dan pemilik syarikat penerbitan majalah iaitu Nilly Publicatios pada tahun 1990-an.

Barisan tenaga kerja di mStar Online.

Selain itu, Kumpulan NSTP membawa pulang tiga trofi iaitu Anugerah Penulis Pojok Terbaik (Raja Nurfatimah), Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik (Adam Salleh) dan Anugerah Kewartawanan Cemerlang (Rozdan Mazalan).

Pada majlis sama, Kumpulan Utusan memenangi dua trofi iaitu Anugerah Khas Juri 1 yang dimenangi oleh Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo) dan Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1 dimenangi oleh Abd Aziz Itar.

Wartawan program terbitan Astro iaitu Syazwan Zakariah memenangi dua kategori iaitu Anugerah Khas Juri 1 dan Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen).

Senarai penuh pemenang Akifma 2017:

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik - Raja Nurfatimah Mawar (Berita Harian)

2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda - Angelin (The Star)

3. Anugerah Khas Juri 1 - Syazwan Zakariah (Hlive)

4. Anugerah Khas Juri 2 - Tengku Suzana Raja Hamad (Kosmo)

5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem - Shazryn Mohd Faizal (Wartawan sambilan mStar Online)

6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik - Adam Salleh (Harian Metro)

7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu) - Elrafaei Sapi (Rojak Daily)

8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik  (Televisyen) - Syazwan Zakariah (Astro)

9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak) - Mumtaj Begum (The Star)

10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1 - Abd Aziz Itar (Utusan Malaysia)

11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2 - Rozdan Mazalan (Berita Harian)

12. Tokoh Wartwawan Hiburan 2017 - Fauziah Rauf

Akifma 2017 , wartawan hiburan

Artikel Sebelum

Suria FM Anjur Konsert Sempena 10 Tahun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Warna-Warni Akifma 2017

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain