suria

Miley Cyrus Minta Selena Gomez & Justin Bieber Berbaik

Miley Cyrus
Miley Cyrus

PENYANYI Miley Cyrus khabarnya telah meminta penyanyi lagu Love Song, Selena Gomez untuk memberi peluang kedua kepada bekas kekasihnya Justin Bieber.

Bekas bintang Disney itu merupakan sahabat baik kepada Justin Bieber, walaupun kedua-dua mereka pernah dikatakan rapat satu ketika dahulu.

"Miley bercakap lama dengan Selena ketika kedua-duanya menghadiri konsert Britney di Las Vegas bulan lalu.

"Dia juga meminta Selena untuk memberi peluang kedua kepada Justin," ujar sumber seperti dipetik Heat Magazine.

Sementara itu 4music.com, pula melaporkan, Selena membatalkan konsert jelajahnya kerana mahu memenangkan diri setelah berpisah dengan Justin.

"Keluarga menasihati Selena agar melakukan terapi atau tinggal bersama mereka supaya dia tidak kesunyian dan terbayang bekas kekasihnya lagi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain