suria

Konsert Salamiah Hassan Selepas 42 Tahun Jadi Penyanyi

Salamiah Hassan
Salamiah Hassan
Salamiah Hassan

PETALING JAYA: Selepas 42 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tanah air, penyanyi Salamiah Hassan buat pertama kalinya akan muncul dengan Konsert Gelombang Salamiah Hassan.

Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.

Salamiah berkata, walaupun sudah biasa menyanyi di depan khalayak, namun dia sedikit sebanyak berasa gentar untuk mengadakan konsert tersebut.

"Sudah lama saya pendamkan hasrat untuk mengadakan konsert sendiri dan akhirnya ia tercapai.

"Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini. Saya tahu peminat-peminat mengharapkan sesuatu daripada saya dan akhirnya, saya muncul juga dengan sebuah konsert.

"Walaupun sudah lama di bidang ini, jauh di sudut hati saya berasa gentar," katanya kepada mStar Online.

Tambah Salamiah, elemen klasik akan menjadi tema pada konsert tersebut di mana anaknya, penyanyi Atilia turut akan ditampilkan sebagai artis undangan.

Konsert tersebut juga menampilkan Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku pengarah, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek dalam penataan seni.

Tiket bagi menyaksikan konsert boleh ditempah menerusi laman www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03- 4147-8600 atau 019-211-1600.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain