suria

Raja Azmi Tangguh Bulan Madu Kerana Sibuk

Raja Azmi dan Eddie bernikah pada 13 Oktober lalu.
Raja Azmi dan Eddie bernikah pada 13 Oktober lalu.
Raja Azmi dan Eddie bernikah pada 13 Oktober lalu.

PETALING JAYA: Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman terpaksa menangguhkan hasrat berbulan madu bersama suaminya, Mohd Eddie Ghazali di Desaru, Terengganu kerana jadualnya terlalu pada sehingga awal tahun hadapan.

Raja Azmi, 54, berkata, selain bakal menyertai program Master Chef Selebriti All Star dia juga akan terlibat dalam penerbitan konsert penyanyi Salamiah Hassan di Istana Budaya yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 12 Januari tahun depan.

"Kami merancang untuk bercuti di dalam Malaysia sahaja tetapi kesibukan saya dengan beberapa projek menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

"Nasib baik suami memahami situasi saya dan dia pun tidak kisah bulan madu kami ditangguhkan buat sementara waktu," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi dan Mohd Eddie bernikah dengan sekali lafaz pada 13 Oktober lalu di Laman Beringin, Istana Budaya.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.

Manakala Raja Azmi pernah berkahwin dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek dan mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Dalam pada itu, Raja Azmi mengakui berasa teruja apabila bilangan ahli keluarganya bertambah besar selepas berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk menerima dua anak suaminya daripada perkahwinan terdahulu.

Jelas Raja Azmi, walaupun tanggungjawabnya semakin besar namun dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah kerana kesemua anak-anaknya sudah dewasa.

"Rasa gementar itu sudah tentu ada tetapi perasaan gembira melebihi segala-galanya kerana kehadiran mereka menambahkan kebahagian saya," katanya.

Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19 manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain