suria

'Seekers' Gabung Penyiasat Tempatan dan Luar Negara

Robb Demarest, Jackie M, Jufri Rayyan, dan Syai antara pengantara baru Seekers.
Robb Demarest, Jackie M, Jufri Rayyan, dan Syai antara pengantara baru Seekers.
Robb Demarest, Jackie M, Jufri Rayyan, dan Syai antara pengantara baru Seekers.

PETALING JAYA: Program Seekers musim kesembilan bakal menggunakan kepakaran penyiasat paranormal antarabangsa terkenal iaitu Robb Demarest dari Amerika, selebriti masakan Jackie M dan pelakon Jufri Rayyan Williams.

Penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail, berkata, gabungan penyiasat tempatan dan antarabangsa untuk musim ini menarik kerana masing-masing mempunyai perspektif berbeza.

"Seekers musim ini juga dilengkapi dengan pelbagai alat-alat teknologi bagi mendapatkan lebih banyak barang bukti hasil kerjasama bersama Robb Demarest. Antara teknologi yang digunakan adalah mesin mengesan pergerakan, kertas sensitif haba, penjana ion, penjana EMF, pistol haba, cermin mata berkamera dan pelbagai lagi.

“Menerusi teknologi yang kami gunakan nanti, kami berharap pelbagai bukti saintifik dapat kami peroleh dan seterusnya menyangkal dakwaan negatif terhadap rancangan ini,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, para penyiasat Seekers akan ke serata Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 13 episod disiarkan.

“Kami amat teruja kerana Seekers musim 9 menampilkan personaliti antarabangsa – Robb Demarest & Jackie M – yang sudi bekerjasama dalam menjayakan siri kali ini.

"Saya percaya peminat Seekers akan lebih berpuas hati dengan konsep musim terbaru ini kerana lebih banyak pendekatan saintifik yang akan digunakan.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada para penonton kerana banyak memberikan maklum balas yang membina terhadap Seekers yang merupakan antara rancangan yang paling lama ke udara di ntv7,” katanya.

Saksikan rancangan Seekers musim ke-9 yang akan menemui para penonton setiap hari Rabu bermula 11 Sepetember, pukul 8.30 malam di ntv7.

Maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Seekers musim 9 juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain