suria

Filem Lari Ditayang Di Festival Filem Cannes, Perancis

Aaron Aziz dan Erin Malik menjadi teraju utama filem Lari.
Aaron Aziz dan Erin Malik menjadi teraju utama filem Lari.
Aaron Aziz dan Erin Malik menjadi teraju utama filem Lari.

SUBANG JAYA: Filem Lari (The Run) terpilih untuk tayangan perdana di pasaran filem Marche Du Film yang merupakan festival filem paling berprestij di Cannes, Perancis kali ke-66.

Pengarah filem tersebut, Ahmad Idham berkata filem ini akan ditayangkan pada Jumaat kepada pembeli-pembeli dan pengedar filem antarabangsa.

"Pemilihan Lari ke Marche Du Film bermula apabila wakil dari syarikat pengedaran antarabangsa telah menonton sebahagian filem itu ketika proses suntingan di Bangkok.

"Kemudia wakil syarikat berkenaan teruja dan berminat untuk mendapatkan hak tayangan di Amerika Utara dan menghubungi saya untuk membawa filem ini ke Festival De Cannes," katanya.

Marche Du Film, Festival Filem Cannes berrmula pada 15 - 24 Mei ini merupakan pasaran filem terbesar dan berpengaruh di dunia, dengan melibatkan 10, 000 penyertaan, 4,000 filem yang ditayangkan dan 702 filem untuk tayangan perdana yang dipilih dari serata dunia.

Tambah Idham, usaha membawa Lari ke peringkat antarabangsa membuktikan filem aksi komersil buatan anak tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

"Apabila Lari dipilih untuk ditayangkan di Cannes, ia merupakan satu perkara yang membuktikan bahawa usaha saya dan rakan-rakan selama ini berbaloi.

"Kejayaan ini akan dikongsikan bersama peminat dan mereka yang sentiasa menyokong saya selama ini," katanya.

Filem Lari akan mula ditayangkan pada 6 Jun depan di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Filem yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini dibarisi pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain