suria

Rowan Atkinson Enggan Lagi Jadi 'Mr. Bean'

Atkinson menjelaskan usianya kini sudah tidak sesuai lagi untuk membawa watak Mr. Bean.
Atkinson menjelaskan usianya kini sudah tidak sesuai lagi untuk membawa watak Mr. Bean.
Atkinson menjelaskan usianya kini sudah tidak sesuai lagi untuk membawa watak Mr. Bean.

PELAKON terkenal Rowan Atkinson memberitahu tidak mahu lagi memegang watak sebagai Mr. Bean yang disifatkan sebagai menyedihkan dan kebudak-budakan.

Atkinson pertama kali muncul di televisyen pada tahun 1990 apabila watak tersebut telah menjadi popular di kalangan kanak-kanak dan penonton seluruh dunia.

Aktor berusia 57 tahun itu berkata dia kini mahu menumpukan perhatian kepada peranan yang mampu menyerlahkan sisi lainnya sebagai pelakon.

"Mr. Bean adalah satu kejayaan terbesar saya sebagai pelakon namun pada usia sekarang untuk membawa watak kebudak-budakan barangkali sudah tidak sesuai," jelasnya kepada Daily Telegraph.

Artikel Sebelum

Artikel Lain