suria

Mila Kunis Nafi Hamil Anak Ashton Kutcher

Mila Kunis menafikan dirinya sedang hamil.
Mila Kunis menafikan dirinya sedang hamil.
Mila Kunis menafikan dirinya sedang hamil.

PELAKON Mila Kunis menafikan laporan bahawa dia kini sedang mengandungkan anak kekasihnya iaitu Ashton Kutcher dan menganggap cerita tersebut sebagai tidak berasas.

Jurucakap pelakon itu memberitahu Mila terkejut apabila ada laporan yang mengatakan dirinya sedang hamil dan menafikan perkara tersebut.

Sebelum ini, Daily Mail melaporkan Mila sedang berbadan dua apabila muncul di khalayak dengan perut yang buncit sekali gus telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sedang hamil.

Menguatkan laporan, Mila juga sebelum ini pernah memberitahu sudah bersedia untuk memiliki anak.

Malah kekasihnya, Ashton turut melahirkan hasrat sama walaupun kes penceraiannya dengan pelakon Demi Moore masih belum selesai.

Bagaimanapun, Mila dan Ashton tidak pernah memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka kepada umum sehingga saat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain