suria

Samuel Rizal Enggan Upah Pengasuh Jaga Anak

Samuel Rizal Dan Isterinya
Samuel Rizal Dan Isterinya
Samuel Rizal Dan Isterinya

KELAHIRAN anak sulung aktor Samuel Rizal dan Stevianne Agnecya yang bernama Drucilla Kalea Arifin pada 28 Julai lalu adalah hadiah yang sangat bermakna buat pasangan itu.

Bagaimanapun, tidak seperti selebriti-selebriti lain yang mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka, Samuel enggan berbuat demikian.

"Saya tak mahu orang luar menjaga anak kami, biarlah kami menjaga sendiri. Sekiranya masing-masing sibuk, kami akan hantar kepada mana-mana keluarga yang boleh membantu. kalau boleh saya mahu Drucilla belajar berdikari," katanya kepada kapanlagi.com .

Saat Samuel ditemui di Kemang Medical Centre, Jakarta Selatan, pada Isnin, isterinya sedang berehat di sebuah wad eksklusif bagi menjalani rawatan.

Samuel dan Stevianne telah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain