suria

Cameron Diaz Anggap Usia 20 Tahun Menyeksakan

Cameron Diaz
Cameron Diaz
Cameron Diaz

LOS ANGELES: Aktres Cameron Diaz berkata dia tidak seronok menikmati waktu mudanya ketika berusia 20 tahun.

“Saya tidak bimbang tentang faktor umur. Masalahnya, pada ketika itu saya tidak sabar untuk mencecah usia 30 tahun. Kini, saya tidak mahu berpatah balik pada usia 20 tahun, ia adalah satu penyeksaan,” katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.

Katanya, dia banyak menghabiskan usia itu dengan melakukan senaman yang berat bagi menaikkan berat badan dan membina otot.

“Saya bersenam pada setiap hari. Saya suka menaikkan berat badan. Ia adalah penting bagi wanita untuk memiliki otot yang kuat,” tambahnya.

Artikel Lain