suria

Tomok Paling Muda Dalam 'Inilah...'

Datuk Malik Ridwan (kiri), Uji Rashid dan Latif Ibrahim antara artis yang menjayakan program Inilah... di TV1. - Foto SAM THAM
Datuk Malik Ridwan (kiri), Uji Rashid dan Latif Ibrahim antara artis yang menjayakan program Inilah... di TV1.  - Foto SAM THAM
Datuk Malik Ridwan (kiri), Uji Rashid dan Latif Ibrahim antara artis yang menjayakan program Inilah... di TV1. - Foto SAM THAM

PETALING JAYA: Walaupun masih muda, penyanyi Tomok dikategorikan sebagai penyanyi senior dalam program Inilah… di TV1 kerana mengambil kira pembabitan Tomok bersama-sama kumpulan Newboyz sejak tahun 90-an.

Menurut pengarah urusan ZGB Media Sdn Bhd, Zohara Gany Mhd Bathusha, Tomok merupakan penyanyi tunggal muda dalam program yang akan bersiaran Ahad ini, pukul 9 malam.

Manakala penyanyi-penyanyi lain merupakan penyanyi dari era 70-an hingga 90-an yang masih kekal bertahan sehingga kini.

Mereka adalah Datuk Khadijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Ning Baizura, Datuk Malik Ridzuan, Zue Eda, Uji Rashid, Hail Amir, Jay Jay, Francissca Peter, Aris Ariwatan, Adibah Noor, Zamani, Azlina Aziz dan Liza Aziz.

“Konsep program ini adalah program hiburan dalam bentuk konsert mini 30 minit yang menampilkan penyanyi bervokal mantap dari era 70-an hingga 90-an. Mereka akan diiringi pemuzik profesional iaitu Chobib's Project.

“Kami memilih Tomok sebagai satu-satunya artis muda kerana dia merupakan artis yang membuat kemunculan semula selepas popular dengan Newboyz,” kata Zohara atau lebih mesra dengan panggilan Lola.

Biarpun kebanyakan artis lama yang menerajui program ini, Lola akui ramai kalangan orang muda yang mengikuti lagu-lagu malar segar penyanyi-penyanyi tersebut.

“Saya lihat fenomena anak-anak muda sekarang ada yang menyukai dan memilih lagu-lagu penyanyi lama di pusat karaoke,” ujarnya lagi.

Menyentuh tentang pemilihan lagu dan persembahan yang dilakukan oleh setiap artis selama 13 episod, Lola berkata pemilihan tersebut dibuat selepas berbincang dengan para artis.

“Saya memilih lagu-lagu popular setiap penyanyi dan selepas itu berbincang sama ada mereka dapat menyanyikan lagu tersebut atau tidak.

“Memandangkan program ini disiarkan selama 30 minit, jadi mereka hanya boleh menyanyikan dalam enam hingga lapan buah lagu. Rakaman program ini dilakukan pada 21 hingga 26 Mac lalu di Studio ntv7,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain