suria

Saksikan Kehebatan 'Showdown 2011'

Sekitar sesi ujibakat Showdown 2011
Sekitar sesi ujibakat Showdown 2011
Sekitar sesi ujibakat Showdown 2011

PETALING JAYA: Bersempena musim baru, Showdown 2011 tampil lebih interaktif apabila penonton berpeluang menyaksikan video-video tarian daripada penari-penari profesional termasuk Byron Carter (penari latar Mary J. Blige) dan BBoy China dari Thailand.

Gambar-gambar eksklusif daripada sesi uji bakat, Meltdown dan episod-episod menarik sepanjang Showdown 2011 berlangsung turut dipaparkan.

Teknik dan skil tarian yang dipersembahkan pasti memukau mata, gerak tari kreatif serta tenaga yang dibawakan oleh kru-kru Showdown 2011.

Program realiti pencarian kru penari jalanan ini bersiaran setiap Rabu pukul 9.30 malam di 8TV atau saluran Astro 708.

12 peserta program realiti tarian Showdown 2011 ini cukup bertuah apabila mendapat bimbingan daripada pelbagai penari profesional termasuklah yang terbaru Nick Demoura yang mengiringi persembahan Justin Bieber di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Aksi dan gelagat Demuora menganjurkan bengkel khas bersama peserta musim kedua ini telah disiarkan dalam program Showdown 2011 Diaries pada Selasa lalu pukul 11.30

Mengulas tentang pemilihan penari dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul berkata, pengisian tersebut dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada paran peminat program itu.

Menerusi program itu, peminat-peminat akan berpeluang untuk menonton dan menimba pengetahuan daripada rakaman bengkel tarian yang diadakan dengan penari-penari profesional seperti Nick Demoura.

“Ini merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia Showdown dengan menampilkan mereka yang hebat dalam bidang tarian selain membolehkan 12 peserta menimba pengalaman baru masing-masing,” katanya.

Peminat-peminat boleh mendapatkan informasi terkini mengenai program berikut dengan melayari laman sesawang http://www.8tv.com.my/showdown/2011/.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain