suria

Russel Brand & Justin Bieber Dipilih Lelaki Berpakaian Buruk

Justin Bieber
Justin Bieber
Justin Bieber

SELAIN meminati perempuan yang sama iaitu Katy Perry, bintang Russel Brand dan Justin Bieber turut berkongsi pengalaman buruk apabila dipilih lelaki berpakaian paling buruk.

Pemilihan itu dilakukan menerusi program World Showbiz melalui satu undian yang dibuat media online WENN. Bagaimanapun Brand lebih mendapat undian tertinggi sebanyak 31 peratus manakala Bieber sebanyak 26 peratus.

Ternyata gaya yang sering dibawa oleh Brand iaitu sering mempamerkan dada dan menggunakan pakaian daripada kulit tidak digemari oleh peminatnya.

Bieber yang sering mengayakan topi baseball ketika berada di mana-mana majlis telah menjengkelkan peminat dunia hiburan Hollywood.

Beberapa selebriti lain yang juga tercalon dalam kategori itu ialah Simon Cowel, Adam Lambert dan Kanye West.

Bagi ketegori wanita berpakaian buruk pula semestinya diungguli oleh Lady Gaga, Landsay Lohan, Katy Perry, Rihanna dan Gwen Stefani.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain