suria

Saksikan Konsert Glenn Hari Ini

PETALING JAYA: Artis terkenal Indonesia, Glenn Fredly akan mengadakan konsert Glenn Fredly Live in KL malam ini, Sabtu yang dibawakan oleh Syarikat Brilliant Touch Art and Events.

Glenn juga bakal mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Adakah Kau, Cukup Sudah dan Mobil Mama daripada koleksi album terbarunya yang dilancarkan Februari lalu iaitu Lovelution.

Dia juga akan mempersembahkan lagu dari album terdahulu iaitu Glenn, Kembali dan Selamat Pagi Dunia.

Selain itu, konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan Veocity (Village of Love, Music and Creativity) oleh pelajar-pelajar HELP Universiti Kolej.

Konsert ini dijadualkan bermula pada pukul 6 petag di KL Live dan tiket boleh didapati dengan harga RM65 sehingga hari persembahan.

Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh menghubungi Brilliant Touch Arts and Events dan bercakap dengan Syd di talian 012-2606310.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain