AKTOR filem Wanted James McAvoy dilaporkan bakal membawakan watak Professor X untuk versi lebih muda dalam filem ke-lima X-Men, X-Men: First Class.
Filem kali ini akan memaparkan kronologi kehidupan Professor X atau Charles Xavier dan punca permusuhannya dengan bekas kawan baik, Magneto.
Aktor Patrick Stewart pernah membawakan watak tersebut dalam filem X-Men terdahulu.
Sementara itu, filem X-Men kali ini bakal diarahkan oleh pengarah filem Snatch, Matthew Vaughn dan dijangka menjengah pawagam pada 3 Jun 2011.


