suria

Megan Jijik Adegan Cium

MUNGKIN dilihat seperti mudah sahaja namun secara kenyataannya tidak semua aktor atau aktres boleh menikmati adegan bermesraan dalam filem.

Megan Fox contohnya, dia menganggap adegan cium adalah adegan paling sukar untuk dilakonkan dalam sebuah filem. Walaupun dalam filEm dia seperti menikmatinya, tapi secara kenyataannya dia sangat membenci adegan ini.

"Jijik! Itu adalah adegan yang sangat intim, menyentuh mulut ke mulut. Sebenarnya saya perlu boleh 'menikmati' keperibadian seseorang, bukan tanpa mengenali mereka terlebih dahulu," ujar Megan yang khabarnya sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktor Brian Austin Green ini.

Boleh jadi ini ada sangkut pautnya dengan pengalaman buruk yang pernah dialami untuk adegan ciuman ini. "Pernah ada seorang jejaka yang harus saya cium dan dia baru saja makan sesuatu. Ada yang berpindah dari mulut dia ke mulut saya secara tidak sengaja. Saya hampir menangis. Itu benar-benar menjijikkan," jelas Megan Fox seperti dipetik dari Splash News.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain