suria

Artis Muda Merafak Sembah Produser

BARU-BARU ini, kawan Ad Lib dapat undangan menghadiri majlis pelancaran akhbar Mingguan mStar di sebuah hotel di ibu kota. Maklumlah, kawan Ad Lib tu ada peranan dalam akhbar hujung minggu tu.

Jadi bila orang dah jemput, beria-ia dia turun padang tanda sokongan. Memang meriah majlis tu, ramai selebriti dari kelas A sampailah ke kelas D turun menyerikan majlis.

Dalam pada teman Ad Lib bergurau mesra dengan tetamu yang hadir, mata tajamnya tiba-tiba terpandang tepat ke arah sekelompok artis muda kita mencium tangan seorang produser terkenal tanah air dengan penuh takzimnya ketika bertembung di majlis itu.

Tapi yang betul-betul tak sedap dipandang, perlu ke seorang demi seorang artis muda ni ‘menyembah’ produser ni bagai merafak sembah ke atas baginda sultan!

Sakit pula mata Ad Lib tengok. Bukannya Ad Lib tak suka dengan perbuatan sopan mereka, cuma tak perlulah sampai cium tangan begitu. Sebabnya, aksi korang tu nampak over sangat.

Kalau artis-artis veteran kita, belum tentu pun kelompok artis muda ni nak salam sampai tunduk menyembah bumi macam tu. Tapi dengan produser yang seorang ni, bukan main lagi bintang-bintang baru ni sembah ya.

Ad Lib tahulah dia bagi korang semua sumber rezeki. Memang jasa dan peluang rezeki yang diberi oleh produser seorang ni tak terhitung dek Ad Lib. Apatah lagi, bila hampir semua filem-filem terbitannya ‘meletup-letup’ di panggung.

Hormat, hormat juga tapi rasanya tak perlulah bersalam sampai cium tangan kot. Kelompok artis yang menampilkan aksi merafak sembah tu mesti tahu siapa yang Ad Lib maksudkan.

Kalau terkena batang hidung tu, janganlah marah ya. Bukan niat nak tegah korang saling menghormati, cuma berpada-padalah orang kata.

Cakap pasal produser yang 'disembah' tu, ada seorang produser wanita terkejut beruk bila terserempak dengan produser tu dalam komiti dana filem kita. Mana taknya, ramai yang tak tahu produser tu berada dalam komiti tu.

Bila datang nak minta dana, terkejutlah tengok produser tu senyum kambing menyambut permohonan produser wanita ni. Lebih menarik, produser wanita ni sempat bertanya kenapa produser hartawan tu berada di situ. Dengan sinis, dia menjawab... "part time, maa..."

Ad Lib: Cakap siang pandang-pandang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain