suria

Catherine Zeta-Jones Tidak Suka Lelaki Muda

Catherine Zeta-Jones akui dia lebih tertarik pada lelaki berusia
Catherine Zeta-Jones akui dia lebih tertarik pada lelaki berusia
Catherine Zeta-Jones akui dia lebih tertarik pada lelaki berusia

AKTRES Hollywood, Catherine Zeta-Jones mengakui dirinya tidak suka dan tertarik pada lelaki muda kerana merasakan golongan itu bersikap 'mementingkan diri sendiri, cenderung untuk memuji diri sendiri dan merasakan diri mereka hebat'.

"Saya menyedari lelaki muda tidak berat sebelah, periang dan lebih tegas. Itu memang tidak saya ragui.

"Namun, mereka lebih mementingkan diri, cenderung memuji diri sendiri dan merasakan diri mereka hebat. Sebab itu mereka tidak akan ada peluang untuk keluar dengan saya.

"Saya perlukan seorang lelaki yang sensitif, penyayang dan mengambil berat terhadap saya... seseorang yang saya boleh bergantung harap.

"Tapi, tidak bermakna saya hanya tertarik pada lelaki yang lebih berusia," jelas aktres berusia 40 tahun yang juga isteri kepada aktor Michael Douglas, 65.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah memikirkan soal perbezaan umur 25 tahun di antaranya dan suami. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2000.

"Michael amat mengetahui apa yang dia mahu dalam kehidupan ini. Kenyataan itu cukup mengujakan saya.

"Dalam pada masa yang sama, Michael juga cukup romantik. Dia kerap menghantar saya bunga dan kadangkala dia akan menangis apabila anak-anak kami bercakap mengenai sesuatu perkara yang menyedihkan.

"Sejujurnya kami tidak pernah peduli mengenai jarak umur antara kami. Apa yang lebih penting adalah emosi dan perasaan kami. Itu adalah asas kepada hubungan kami dan ia akan terus kekal begitu," katanya kepada laman web contactmusic.com, baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain