suria

'Klinik Tarian' Pelakon Tari Tirana Meriah!

Sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara, yang diadakan baru-baru ini
Sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara, yang diadakan baru-baru ini
Sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara, yang diadakan baru-baru ini

UNTUK julung kalinya, TV3 memperkenalkan siri yang berlandaskan tarian sebagai penceritaan sesuatu drama, di mana pelakon seperti Wan Sharmila, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Nadia Aquila Bajuri bukan sahaja terpaksa mempersembahkan kebolehan berlakon tetapi kebolehan menari juga diambil kira.

Sambutan jumlah penontonan yang memberansangkan setiap minggu telah mendorong pihak TV3 untuk menjayakan satu sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Sesi ini memberi peluang kepada penonton-penonton setia menemui pelakon-pelakon dan beramah mesra sambil bergambar dengan pelakon kesayangan mereka.

Selain daripada itu pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan untuk seisi keluarga, antaranya termasuklah:

i) menyaksikan persembahan nyanyian oleh Naizle, Sabhe dan Nadia Aquila,

ii) persembahan tari dari pelakon-pelakon Tari Tirana sendiri,

iii) klinik tarian yang akan dikendalikan oleh para pelakon bagi mereka yang ingin menari seperti pelakon-pelakon Tari Tirana,

iv) tidak dilupakan satu sesi tarian bersama pereka tari Ali,

v) sesi soal jawab bersama pengunjung,

vi) persembahan sesi trivia bersama MyTV3 sambil mendaftarkan diri sebagai ahil dan sebagainya.

Tari Tirana mengisahkan perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana minat untuk menari mendapat tentangan dari keluarga beliau, disamping itu konflik percintaan remaja yang tidak kesampaian dan cinta dari bekas teman lelaki musuh ketat beliau akan melibatkan banyak hati bakal dikecewakan!

Tirana yang digambarkan sebagai gadis lincah, cantik dan bijak bakal membawa penonton menyoroti warna-warni kehidupannya menerusi siri Tari Tirana di slot Lestary yang disiarkan sejak 25 Ogos 2009, setiap selasa jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Drama bersiri 26 episod ini dibintangi oleh pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008, Wan Sharmila (Tirana), Shaz Jazle (Ash), Ammar Alfian Aziz (Neo), Nadia Aquila Bajuri (Chika) dan dibantu oleh Noryati Taib (Makcik Isabella), Faizul Hafiz Hashim (Ijam), Ruzana Ibrahim (Cik Yasmin), Zaibo (Hj Mohsen) dan Zefrul Nordin (Tajuddin).

Turut membintangi siri ini adalah Nadzirah Nadzri (Liza), Becky Lee (Ciara), Sharnaaz Ahmad (Ali) dan Mohammad Ali (Ali G).

Drama ini merupakan hasil arahan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3 antaranya Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan.

Tari Tirana yang diterbitkan oleh Radius One Production ini menjalani penggambaran di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain