TOM Cruise dan isterinya, Katie Holmes dikritik oleh pakar-pakar kesihatan setelah melihat gambar Suri, 3, yang memakai kasut tumit tinggi.
Gambar tersebut memaparkan kanak-kanak itu memakai kasut tumit berukuran seinci sambil memegang minuman Starbucks.
Pakar-pakar kesihatan berpendapat, memakai kasut tumit tinggi pada usia yang masih muda boleh merosakkan perkembangan fizikal kanak-kanak.
"Kesan biasa bagi golongan dewasa yang kerap memakai kasut tumit tinggi adalah ketegangan di bahagian tendon Archilles.
"Kanak-kanak cepat membesar. Jika tendon tidak berkembang dengan bahagian fizikal lain, ia akan menimbulkan masalah.
"Jika ibubapa membenarkan anak-anaknya memakai kasut tumit sederhana, itu perkara lain. Tetapi siapa yang boleh cakap apa yang sederhana untuk seorang budak berusia 3 tahun.
"Perkembangan yang sempurna untuk seorang kanak-kanak akan bermasalah jika asas perkembangannya rosak," kata pakar Dr. Oliver Zong.


