suria

Sushmita Sen Terima DVD Dari Kekasih Sempena Harijadi

AKRES Bollywood, Sushmita Sen menerima hadiah istimewa daripada teman lelakinya, Mudassar Aziz sempena harijadinya yang ke-34.

Mudassar menghadiahkan pelakon jelita itu dengan sebuah DVD yang memuatkan pelbagai mood Susmita semasa penggambaran filem “Dulha Mil Gaya.”

“Saya mahukan harijadi Sushmita yang jatuh pada 19 November lepas menjadi suatu memori indah,” kata Mudassar.

Kekasih pelakon jelita itu mula merekod DVD selama enam minit itu seminggu sebelum harijadinya.

Sushmita juga dikatakan gembira diatas hadiah itu kerana Mudassar bersusah payah merekodkan DVD tersebut.

Mudassar juga turut memberikannya sebotol “champagne” jenis ‘Dom Perignon,’ sejenis arak, yang disukai oleh Sushmita serta sekeping kad harijadi yang besar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain