suria

Nicolas Cage "hilang" dua rumah dalam lelongan

Aktor Nicolas Cage ketika hadir ke The 34th Toronto International Film Festival di Toronto pada 15 September 2009. -Foto AP
Aktor Nicolas Cage ketika hadir ke The 34th Toronto International Film Festival di Toronto pada 15 September 2009. -Foto AP
Aktor Nicolas Cage ketika hadir ke The 34th Toronto International Film Festival di Toronto pada 15 September 2009. -Foto AP

AKTOR Nicolas Gage yang sedang bergelut dengan krisis kewangan kini 'kehilangan' dua buah rumahnya di New Orleans yang bernilai AS$6.8 juta dolar dalam satu lelongan pada Khamis lalu.

Bank Birmingham, yang berpusat di Negeri Alabama membeli rumah Cage di 1140 Royal Street di French Quarter yang dianggarkan bernilai AS$3.5 juta pada harga semasa AS$2.3 juta.

Bank berkenaan yang mempunyai 1,900 cawangan di negeri-negeri Selatan Amerika Syarikat termasuk di Texas itu turut membayar AS$2.2 juta untuk rumah Cage yang beralamat di Pataniya Street yang dianggarkan bernilai AS$3.3 juta.

Sherif Awam New Orleans, Paul Valteau berkata, bidaan tersebut diterima setelah tiada lagi tawaran yang lebih tinggi untuk membeli rumah-rumah milik aktor The Ghost Rider dan The National Treasure itu.

Menurut Valteau, Cage berhutang dengan The City of New Orleans sebanyak AS$5.5 juta untuk bayaran gadai janji dan AS$151,730 untuk cukai hartanah.

Hancock Park Real Estate Company disenaraikan sebagai pemilik rasmi hartanah tersebut. Cage membeli kedua-dua buah rumah itu menerusi perbadanan tersebut.

Valteau berkata, wakil-wakil peguam yang mewakili Samuel Levin - bekas pengurus perniagaan Cage - menubuhkan syarikat itu.

Levin turut disenaraikan dalam dokumen gadai janji sebagai ejen servis, tambah Valteau.

Ejen itu ialah pegawai yang dilantik oleh satu perbadanan untuk menerima notis-notis perundangan.

Bulan lalu, Cage memfailkan satu tuntutan mahkamah terhadap Levin di California.

Cage mendakwa, Levin menipunya lebih daripada AS$20 juta sejak dia dilantik sebagai agen pada tahun 2001.

Tuntutan itu mendakwa Levin "telah melesapkan beberapa juta dolar bagi yuran pengurusan perniagaan sehingga menyebabkan Cage berada dalam krisis kewangan yang teruk."

Tuntutan itu turut menyatakan "Cage terpaksa menjual beberapa aset dan pelaburan utama akibat kerugian yang besar itu. Ini menyebabkan Cage berhadapan dengan liabiliti cukai yang besar kerana ketidakcekapan, kecuaian dan memberikan gambaran yang salah oleh agen berkenaan.

"Cage sepatutnya memperolehi kedudukan kewangan yang kukuh. Sebaliknya Cage kini terpaksa menjual aset-asetnya akibat tindakan-tindakan Levin," menurut tuntutan mahkamah itu. -CNN

Artikel Sebelum

Artikel Lain